Sim temu janji

Sebahagian daripada siri
Sim temu janji dan
novel-novel visual
Pengedaran
AnimePlay
Dojin soft
Genre
Sim temu janji
Eroge
Novel visual
Sasaran jantina
Bishōjo (permainan video)
Otome (permainan video)
Paparan skrin permainan Tokimeki Memorial menunjukkan sistem statistik kompleks yang menjadi piawaian genre ini.

Sim temu janji (atau simulasi temu janji) ialah subgenre permainan video bagi permainan simulasi yang biasanya terkenal di Jepun dengan unsur-unsur romantik. Objektif utama bagi sim temu janji ialah membuat temu janji, biasanya dengan salah satu atau beberapa watak, serta mencapai tahap perhubungan romantik. Istilah sim temu janji juga digunakan sebagai istilah sinonim bagi genre novel visual. Walau bagaimanapun, sim temu janji tidak seharusnya dikelirukan dengan novel visual kerana novel visual dianggap sebagai subgenre kepada permainan kembara serta tidak melibatkan simulasi. Meskipun kedua-dua genre tersebut berkongsi persembahan visual yang lazim, sim temu janji lebih berasaskan statistik manakala novel visual pula menggunakan gaya "pilih pengembaraan anda".

Definisi teknikal bagi permainan simulasi temu janji, dikenali sebagai permainan simulasi romantik (恋愛シミュレーションゲーム, ren'ai shimyureeshon geemu) di Jepun, boleh melibatkan beberapa unsur teknikal seperti batas masa, beberapa statistik seperti paras rupa serta daya tarikan yang boleh ditingkatkan melalui latihan, ataupun "tolok daya tarikan" yang boleh meningkat atau merosot bergantung kepada keputusan pemain.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search